Semua orang pernah buat silap. Semua orang tidak perfect. Malahan aku juga tidak perfect. Sama juga seperti insan biasa. Apa yang membezakan kita cuma cara pemakaian akal yang telah dikurniakan kepada kita. Ada pepatah mengatakan "forgiveness is not something we do for other people but we do it to ourselves to get well and move on". Ada betul nya juga. Tapi adakah kesalahan semuanya datangnya dari diri kita sendiri?
Jika seseorang tu buat salah kepedihan tu terasa pada diri kita. Tapi orang tu mungkin serba sedikit dia merasa kesakitan yang kita rasa atau mungkin tidak rasa langsung. Berapa lama masa yang di ambil untu memaafkan seseorang dan dimaafkan oleh seseorang? Adakan kemaafan itu jujur dan ikhlas diberikan? Kemaafan bukan takat dimulut. Hari ni kata dah maafkan tapi hari esok mengungkit dan memerli. Adakah itu kemaafan yang jujur?
Sesungguhnya memang sukar untuk memaafkan seseorang itu kerana erti kemaafan adalah melupakan keseluruhannya. Adakah kita berupaya untuk melupakan kesemuanya dan tidak langsung memikirkan tentang nya? Bukan senang nak pulihkan hati yang sakit yang perit yang pedih. Sampai suatu hari tu aku rasa sakit hati ni lagi kuat kesakitan yang di rasa daripada sakit senggugut. Bagi aku, aku paling benci senggugut sebab kesakitan yang amat melampau. Tapi rupanya sakit hati lagi berganda sakit dari senggugut.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah:216)
"Jika kamu memiliki seseorang terimalah dia seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggap lah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah untuk kamu menerimanya akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhir hayat."
:'(

No comments:
Post a Comment