Top Blogger

Tinggalkan link anda

Sponsor By ;

Tuesday, November 16, 2010

Pada Waktu Sebegini ...

Tetap tak boleh nak lelap kan bijik mata ni. Asal balik rumah je semua student dapat insomnia la aku rasa. Betul tak? Bila semua tidur kita bangun. Bila kita tidur semua tidur lagi. Bila kita bangun semua bangun. Haaa. Macam mana tu? Haha. Serious. Kalau tak percaya gi online Mukabuku(FB) tengok online chat. Berapa ramai orang dari kolej or universiti or class mate and housemate korang yang tak tidur lagi. Betul tak? Bila la penyakit ni nak sihat.

Teringat masa aku dalam class. Masa tu class Bahasa Arab 1. Ustazah dah masuk class. Then biasa la baru la pelajar mula mengambil langkah untuk memenuhi kelas tu kan. Lagi-lagi class yang pukul 8.30 or 8.40 pagi tu.

Ustazah : Awal nya kamu datang class.
Kawan : Biasa la Ustazah. Insomnia
Ustazah : (Dengan nada terkejut) Huh awak ada insomnia ke?
Kawan : Biasa lah ustazah.
Ustazah : Siapa lagi ?
Kawan : Satu rumah ustazah.
Ustazah : Oh. Tu bukan insomnia. Tu penyakit gatal tak reti nak tidur. Eh awak jangan main-main tau penyakit tu kena ada surat dari doktor mengatakan yang kamu tu insomnia. Baru pihak kolej terima. (Dan ustazah meneruskan perbualan bersama rakan kelas mengenai kawan nya yang menghidapi masalah penyakit insomnia.)

Dalam hati aku menjerit ;
What?? Insomnia pon kena ada surat doktor ke? Alaa. Lepas ni tak boleh la nak temberang lecturer kalau masuk kelas lambat lagi.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...