Top Blogger

Tinggalkan link anda

Sponsor By ;

Thursday, September 16, 2010

penangan Maggie Kari & Cili Api

suatu hari, ketika aku asyik meng'online'kan diri aku rasa lapar sungguh. aku ni jenis malam-malam memang lapar. walau pun open house makan tak ingat kiri-kanan. macam tagline tu. mertua lalu belakang pon tak perasan. memang la tak perasan. dah kata lalu belakang. lain la kalu lalu depan. betul tak. mana taknya badan naik dengan mendadak. hihi. bila dah lapar tu , aku gagahkan kaki untuk menuruni ke dapur ( rumah dua tingkat ). rancak dalam kepala otak memikirkan menu apa yang hendak di masak. kepantasan otak ( taknak kalah ) aku memikirkan menu tadi menyebabkan aku membuka peti ais untuk meng'usha' apa yang ada dalam peti ais.

ni yang aku jumpa ;

usha punye usha, belek punya belek aku menyuarakan pendapat aku kepada Iqa ( my sister ).
"nak masak apa macam ni. bahan pun tak ada. cili api ada la".

ahaa. sekali lagi otak aku berpikir melebihi had laju 180km/h. haha. melampau. bajet pandai la tu. "masak maggie je lah".

makanan rutin harian seorang pelajar ketika menyaving ( saving ) duit PTPTN or MARA. tapi aku tak. aku dapat tajaan PA & MA SDN BHD. ( kepala otak ko. taja la diri sendiri. berangan PA & MA konon ) . tapi bile pikir balik. bosan nya asik makan yang ni je. tanak tambah pape lagi ke untuk menyelerakan ape yang memang terliur ni. sekali lagi otak ku memecut " Telur ! "
Betapa hancurnya hati ini pabila ku menoleh disisi peti ais telur tidak berada disitu. tak dapat la nak tambah perisa ke dalam maggie yang bakal dimasak nanti. tapi menggunakan kebijaksanaan yang ada ( kan aku dah cakap aku mmg pandai ) aku rasa macam nak makan benda yang pedas. aku ni memang kuat makan pedas. so tmbah la cili api tadi kat maggie kari aku ni ( ceit, adik aku yang tadika tu pon bole pk la ) hahaha.

jadi lah macam ni. sila abaikan telur itu ya.
saya curi di sini :)

nak ditambah kan cerita lagi sekarang ni aku rasa kalau masak maggie je mesti nak tambah cili api. konon style mamak la but without sayur. ecehh. walaupun selepas makan perut akan rasa memulas skit. mana tak nya makan tengah malam. pedas pulak tu. tapi still akan ku cari cili api pabila masak maggie :)

sekian;
qilarazak
yang puas memikirkan apa
yang hendak ditulis hari ini

1 comment:

aitotyati said...

salam,

saya blog walking sbb tak boleh tidur.

baca entry ni terus jadi lapar.

godek godek gobok takdelah pulak megi

*hampa*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...