Top Blogger

Tinggalkan link anda

Sponsor By ;

Thursday, September 23, 2010

Manusia atau Haiwan?


Sedangkan haiwan pon sayangkan anaknya. Mengapa manusia sekarang ni bersikap sangat terlalu melampau kejam terhadap sesama manusia. Hanya kerana perasaan tamak yang membuak sehingga sanggup menjadi pembunuh bukan sahaja seorang , bukan dua atau bukan tiga , malahan bukan sahaja empat tetapi ramai yang telah menjadi mangsa kepada insan yang tamak haloba ini.
( sambil merujuk kepada gaya Karam Sigh Walia )


Manusia macam ni memang harus ke tali gantung sahaja. Malah perlu di pertontonkan kepada umum supaya dapat menjadi teladan kepada orang yang lain supaya jangan jadi tamak.

Allah nak tunjuk kan kebesaran-Nya hanya dengan melalaikan seorang suspek dengan mencuri sebuah jam sahaja. Dah terkantoi semua. Bukan 1 kes sahaja malah terdapat 7 lagi kes hilang yang menjadi jenayah apabila mangsa yang ditemui semua nya telah meninggal dunia. Kes jenayah ini juga telah menjadikan suspek adalah suspek utama dalam ketujuh-tujuh kes.



Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim :

"Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., bahawasanya Nabi SAW bersabda "Zaman dahulu ada seorang pembunuh yang telah membunuh sembilan puluh sembilan orang. Lalu dia bertanya kepada penduduk negeri, "Siapa ulama yang paling alim di negeri ini?" maka ditunjukkan orang seorang rahib (pendeta). Lalu di datangi rahib itu seraya mengatakan bahawa dia telah membunuh sembilan puluh sembilan orang. Kemudian dia bertanya apakah pintu taubat masih terbuka baginya atau tidak? jawab Rahib: "Tidak!" maka dibunuhnya rahib itu, dan genaplah pembunuhannya seratus orang.

Kemudian dia bertanya pula penduduk; "siapa ulama di negeri ini?" maka ditunjukkan orang kepadanya seorang ulama yang alim. Dia menceritakan kepada orang alim itu bahawa dia telah membunuh seratus orang. kemudian bertanya apakah pintu taubat masih terbuka baginya atau tidak? Jawab ulama, "Ya, selalu terbuka! Pintu taubat selamanya tidak pernah tertutup. Siapa yang sanggup menutup pintu taubat bagi kamu? pergilah kamu ke negeri begini begini, kerana di sana penduduknya menyembah Allah. Sembahlah Allah bersama-sama dengan mereka dan jangan kembali lagi ke negeri kamu, kerana negeri kamu telah rosak." Maka pergilah orang itu ke negeri yang ditunjuk ulama.

Setengah perjalanan tiba-tiba orang itu meninggal. maka bertengkarlah malaikat rahmat dengan malaikat 'Azab. Kata malaikat rahmat, "orang ini telah taubat dan dia sedang menghadap dengan hati yang taubat itu kepada Allah Ta'ala" Kata malaikat Azab, "Dia belum pernah melakukan kebaikan sedikit jua pun." Tiba-tiba datang seorang malaikat dengan rupa manusia, lalu dia berdiri di tengah-tengah mereka seraya berkata, "ukurlah jarak kedua negeri itu, ke mana yang lebih dekat bawalah dia ke situ." Setelah diukur ternyata yang lebih dekat ialah negeri yang ditujunya. Maka dibawalah dia oleh malaikat rahmat."

Imam Nawawi menjelaskan: Ulama telah berijmak bahawa taubat orang yang membunuh dengan sengaja adalah diterima, kecuali Ibn 'Abbas mengatakan taubat pembunuh tidak diterima.

Firman Allah SWT (25:68-71):

"Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan orang-orang yang bertaubat dan mengerjakan amal saleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya.

Dan hadith ini juga menunjukkan orang yang melakukan dosa supaya berpindah dari tempat itu ke tempat lain yang terdapat orang-orang baik dan soleh agar bersahabat dengan mereka dan meninggalkan dosa.

Wallahu a'lam

2 comments:

Kasim™ said...

We get angry when this lawyer kill inocent people. And I think we would be much angry when heard mother kill her own child. And the saddest part is, majority was Malay.

qilarazak said...

yup. people now losing their mind la. the sad part is dorg tak boleh nak pikir mana baik dan mana buruk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...