Top Blogger

Tinggalkan link anda

Sponsor By ;

Tuesday, September 21, 2010

KPTM Bangi dalam SITI KELEMBAI

okay. sudah beberapa hari tidak mengupdate blog. why qila? why. argghh. diam kamu. rumah sewa yang baru pindah ni line Celcom dia tidak langsung memberangsangkan untuk org seperti saya yang buat online shop / suka surf internet / suka update blog untuk orang lain gelakkan saya. Stop laughing ! :p haa. much better.

sudah-sudah la tu mukadimahnya pon. ahh. tak kisah jugak. suka hati la nak tulis panjang-panjang. ( sila skip introduction ) ye la. dah la nak update blog susah. nak upload photo memang hampeh la kan. bersemangat waja je tunggu nak upload photo kat blog. sekali selepas setengah jam muncul ayat BAD REQUEST. haaa, kau cakap dengan aku sape tak mengamuk babe ! hish. so kalau kat rumah ni tak de la photo yang bole di upload (blog aku akan menjadi semakin bosan after this). sigh.

da merapu raban mari kita mulakan dengan Bismillahirahmanirram.

KPTM dalam SITI KELEMBAI. what? or SITI KELEMBAI dalam KPTM ? err. whatever. tapi apa kene mengena dengan cerita kau ni? haa. memang lah. dah nama pon tajuk aku macam tu tak kan la tajuk "KPTM dalam SITI KELEMBAI " tp isi dia mengapa Zaquan Adha meminang Ayu Raudhah? dan antara sebab-sebab Zaquan memilih Ayu Raudhah tetapi bukan Rozita Che Wan. atau antara sebab mengapa Norman Hakim dan Mimiey bertunang selepas menidakkan pertanyaan wartawan yang kononnya mereka falling in love with each other suatu masa dahulu?ohh tidak sama sekali.

okay. stop rapping yang tidak ada kena mengena langsung dengan ape yang saya nak cerita hari ini. cepat lah Qila !

budak rumah semua panggil Wawa Adnan Sempit :P

Petang tadi havoc satu rumah ni (penghuni 10 kepala) cakap "haritu yang ada shooting kat kolej (Kolej Poly-Tech Mara Cawangan Bangi) kita tu tajuk dia Siti Kelembai ( WHAT !! apa buruk sangat namanya ? hish. memalukan sungguh ). Then tunggu la depan televisyen sampai Siti Kelembai tu muncul. Starting-starting dia da rasa macam agak bosan sedikit. tapi apa yang excitedkan kami bila mereka start tunjuk kat our lovely collage ( actually dalam cerita tu je nampak cantik. cat nampak terang. ) Tapi agak teka-teki jugak la mengapa dorang kate kolej tu dekat Batu Gajah ? hmm. (still thinking about that till now)

Antara pelakon yang membintangi Slot Lagenda TV3 ini adalah Yana Samsudin, Fizo Omar, Putri Mardiana, Bob Lokman, Cat Farish, Eizlan Yusofand ramai lagi artis yang lain. Tapi boleh tahan jugak best la cerita dia untuk episod yang pertama ni. Fizo jadi budak nerd ( skema ). No wonder dulu selalu nampak dia pakai baju macam tak boleh belah dekat kolej. hihi.

kan dah cakap tadi Fizo jadi nerdie .


apa makna Kelembai ni sebenarnya ? hmm . jom check it out ( amboi nak g mana tu . rilex je depan screen aku yg pergi cari kan untuk korang semua )

Sang Kelembai
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sang Kelembai merupakan makhluk ghaib yang menghuni hutan tertentu di beberapa tempat di Malaysia. Sesetengah tempat dipanggil Sang Gedembai.

Sang Kelembai mempunyai kuasa sakti yang boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada di dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising ketika berada di dalam hutan. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur akan menjadi batu.


Asal usul Kampung Gajah

Pekan Kampung Gajah di Teluk Intan, Perak mendapat nama daripada batu di kaki Bukit Tunggal yang menyerupai bentuk gajah. Kewujudan batu ini dikatakan kerana gajah yang banyak di situ telah membuat bising dan Sang Kelembai yang tidak suka dengan suasana bising, telah menegur gajah-gajah tersebut. Akibatnya gajah tersebut dikatakan menjadi batu.

Namun demikian sehingga kini , tidak dapat dipastikan kedudukan sebenar batu yang menyerupai gajah di Bukit Tunggal itu.

Dalam masyarakat orang Asli Semai di Kampung Gajah, jika mereka hendak memburu binatang di dalam hutan, sesiapa yang melaluinya tidak boleh sekali-kali menegur atau menyapa. Jika menegur juga, orang Asli tersebut akan kembali semula ke rumah dengan tangan kosong kerana beranggapan hasil buruan tidak akan dapat. Malahan mungkin akan ditegur oleh Sang Kelembai dan menjadi batu.


Masyarakat Melayu tradisional sering mengaitkan sesuatu penyakit atau kejadian dengan alasan yang tidak rasional.

Contohnya bentuk batu-batu yang aneh bentuknya dan menyerupai manusia akan dikatakan telah 'ditegur' oleh Sang Kelembai akibat melanggar pantang. Masyarakat Melayu tradisional amat tidak gemar akan kanak-kanak yang suka bercakap banyak. Bagi mengunci mulut kanak-kanak ini yang petah bicara ini, barangkali cerita Sang Kelembai direka-reka.

Peliknya sumpahan Sang Kelembai tidak pula menjadi emas atau benda-benda yang berharga lain. Hanya menjadi batu.
Dalam filem Tenggang di Malaysia atau cerita Malim Kundang di Acheh, Sumatera , Indonesia, saudagar Tenggang atau Malim Kundang disumpah oleh batu oleh ibunya . Di Acheh memang wujud batu-batu di tepi laut yang menyerupai manusia yang sujud menyembah bumi dan tali-tali kapal .

Orang Melayu keturunan Acheh memang ramai di tepi Sungai Perak, khususnya di Kampung Gajah dan Pasir Salak. Dialek Perak yang digunakan hampir-hampir menyerupai dialek Acheh. Pelakon dan pelawak terkenal dari Acheh yang bertutur menyerupai dialek Acheh ialah Benjamin S.

Kepercayaan kepada sumpah boleh membawa kepada syirik dalam Islam.


OHHHHHHH.. now i paham kenapa dia cakap dekat Batu Gajah. Thanks wiki :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...