Top Blogger

Tinggalkan link anda

Sponsor By ;

Showing posts with label terima kasih cinta.. Show all posts
Showing posts with label terima kasih cinta.. Show all posts

Sunday, August 28, 2011

Cuma ingin sampaikan apa yang tersimpan.

Betul kata semua orang. Bila hati tengah sakit macam-macam boleh terluah. Macam-macam boleh cerita. Macam-macam boleh terlepas kata. Aku tetap seorang manusia yang akan buat silap. Stop being a human if u are perfect. Berhenti jadi manusia kalau kita rasa diri cukup sempurna.


Apa yang aku rasa kalau orang buat salah kat aku? Sekeras-keras aku, aku cuma mahukan orang tu mengaku silap dan minta maaf je dari aku seikhlas hati dia dan benda yang aku sakit tu aku akan lupakan sikit demi sikit. Dan aku pon akan buat benda yang sama juga kalau aku rasa salah aku. Tapi aku bukan jenis orang yang senang berkata maaf kepada seseorang. Walaupon niat hati aku baik nak minta maaf tapi aku tetap dengan ego aku dulu kemudian aku baru minta maaf. Kenapa aku tetap dengan ego aku? Sebab aku nak orang yang aku buat salah tu lepaskan semua rasa sakit dia kat aku biar la ada caci maki ke apa ke asal kan bagi aku ape yang terpendam kat dalam hati dia, dia dah luah kan pada aku.


Pelik kan. Ye, diri aku memang pelik. Dan tak ada orang yang memahami diri aku. Aku selalu kata aku tak suka kawan ramai-ramai. Yes kawan memang menyerabutkan. Sebab bagi aku hilang seorang kawan tu lagi perit rasa dia. Kenapa aku yakin je cakap macam tu? Sebab aku pernah lalui semua nya. Hilang boyfriend pada saat itu saje kita akan menangis, meratapi kehilangan dia. Seminggu dua minggu sebulan dua bulan setahun dua tahun kemudian kita akan lupa. Tapi bila hilang kawan, walaupun dah dua tiga tahun berlalu tapi aku masih lagi mengalirkan air mata untuk dia.


Tapi apa perasaan kalau kita hiang kawan dan juga kekasih?? Maksud aku bukan first hilang kawan then hilang kekasih. Tapi orang itu merupakan kawan dan dia juga seorang kekasih? Keperitan tu lagi tak dijangka kan? Yes aku sakit sangat sekarang ni. Walaupon aku tidak berhenti menitiskan mutiara jernih tapi aku kuat kan juga nak tulis entry ni. Walaupon rasa sakit, tersiksa, merana, perit, perih.


Ramadan ni terlampau banyak perkara menduga aku. Hilang kawan, hilang kasih, buka puasa sorang diri pergi kolej sorang diri, hilang tempat berbual, hilang punca berbicara. Macam macam aku dah hilang. Aku memang bukan jenis yang suka bercerita. Tapi bila aku dah start bercerita aku cuma minta jadilah seorang pendengar yang setia dengar cerita apa yang aku nak luah kan apa yang aku nak sampai kan. Bukan bila aku baru start nak cerita masalah aku semua buat blurr.


**Entry tidak dapat diteruskan oleh kerana perasaan sedih menyelebungi diri dan jiwa.
***Skrin kelihatan kabur dek kerana air mata deras mengalir lalu menyebabkan aku tak nampak apa yang aku tulis.

Thursday, December 30, 2010

Cerita sedih :'(

Terima kasih awak.
Terima kasih sebab semua yang saya dah bagi dekat awak, awak sia-sia kan. Terima kasih sebab buat saya tertipu dengan perubahan awak. Terima kasih sebab buat saya terpedaya dengan janji awak. Terima kasih sebab hari-hari saya menangis sebab awak. Terima kasih sebab buat saya berangan nak jadikan awak tunang dan suami saya. Terima kasih awak sebab awak hadiahkan kita peneman. Peneman yang menyakitkan.

Awak cakap bagi la awak tengok diari saya. Buat apa awak nak baca kisah silam saya? Biar lah saya sorang je tahu kesakitan kisah lampau saya. Sekarang masa saya ada awak. Saya berblogging. Cerita pasal awak. Satu dunia boleh baca. Tapi awak ada hargai ke? Sekarang macam mana saya nak buat dengan blog ni? Nak suruh saya koyak-koyakkan dan campak dalam tong sampah macam kisah silam saya ke? Awak ingat senang ke? Bagi awak mungkin senang. Tidak untuk saya.

Awak. Bila kita baca orang lain bercinta kita mesti cemburu. Sebab apa? Sebab kita tak pernah rasa bahagia macam orang lain tu. Walaupon orang yang couple tu antara buaya darat yang terbesar sekali kat Malaysia ni. Tapi kenapa buaya darat pon masih mampu buat GF dia bahagia sedangkan awak tak pernah pon buat kat kita macam tu.

Kita dah lupe la segala kenangan awak dengan saya. Kenapa ye? Saya pon tak tahu. Mungkin memang tiada jodoh buat kita. Jangan risau kita akan jaga diri kita. Jangan risau kita dah takkan rindu awak lagi dah. Jangan risau kita dah tak kan suruh awak teman kita lagi dah. Jangan risau kita tak akan berharap pada awak lagi dah.

Jangan risau dah tak kan ada orang yang teman awak main bowling macam kita lagi dah. Jangan risau dah tak kan ada orang teman awak karaoke macam kita lagi dah. Jangan risau dah tak kan ada orang teman awak main Left 4 Dead lagi dah. Jangan risau dah tak kan ada orang teman awak tengok bola and futsal lagi dah. Jangan risau dah tak kan ada orang tegur kesalahan awak lagi dah. Jagnan risau dah tak kan ada orang teman awak main layang-layang lagi dah. Jangan risau dah tak kan ada orang teman reply status awak kat FB lagi dah. Dan jangan risau dah tak kan ada seorang wanita yang pergi ke rumah awak tunggu depan rumah awak lagi dah.

TERIMA KASIH CINTA.
you hurt me so bad. :'(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...