Top Blogger

Tinggalkan link anda

Sponsor By ;

Showing posts with label Sakit. Show all posts
Showing posts with label Sakit. Show all posts

Wednesday, August 22, 2012

Awak tahu tak?

Sebenarnya saya sayang sangat kat awak?
Sebenarnya saya rindu sangat kat awak?
Sebenarnya saya jaga awak sangat2?

Awak dah banyak sangat lukakan hati saya?
Awak dah banyak sangat sakit kan hati saya?
Awak dah banyak sangat mempermainkan saya?
Awak dah banyak sangat buat saya sakit?
Awak dah banyak sangat buat saya menangis?

Sebenarnya saya dah tak mampu lagi?
Sebenarnya saya dah tak perlu lagi?
Sebenarnya saya dah tak mahu lagi?
Sebenarnya saya dah tak nak lagi?

Saya banyak tipu awak supaya awak tinggalkan saya.
Saya banyak tipu awak supaya awak lupakan saya.
Saya banyak tipu awak supaya awak bencikan saya.
Saya banyak tipu awak supaya awak buang saya.
Saya banyak tipu awak supaya awak tak cari saya.

* Tiada kata mampu ku luah. 
Tiada bicara mampu ku ungkap.
 Hanya entry menjadi penemanku. 
Di kala air mata membasahi pipiku. 

Friday, September 2, 2011

Aku Redha


Kenapa aku mengharapkan setinggi-tinggi nya dari kau? Kenapa aku boleh terlampau percaya pada kau? Aku memang sememang nya nak berubah macam apa yang kau harap kan. Tapi kenapa kau tak pernah nak bagi aku masa? Kalau aku baru nak semangat nak berubah mesti ada je dugaan datang. Aku tahu dugaan datang nak bagi aku kuat aku tabah. Tapi kenapa aku seorang? Mana kau time aku perlukan kau? Mana kau pergi? Mana kau hilang? Mana sokongan kau? Aku perlukan sokongan. Aku tak perlukan apa lagi nak jadi kan aku tabah. Aku hanya perlukan sokongan.


Kau tahu tak betapa peritnya peringkat aku nak berubah? Macam-macam aku lalui seorang diri. Tanpa kau. Tanpa siapa-siapa pon yang bagi sokongan kat aku. Tak perlu cakap apa pon cukup la sekadar kau cakap "I always support apa U buat". Tu je cukup nak buat aku ada semangat. Tapi kenapa time aku dah semangat, ujian bertubi-tubi datang tapi tak pernah sekali pon kau bagi aku kata-kata semangat.


Aku suka sangat bile time aku tengah down, kau duduk sebelah aku, kau dengar setiap apa yang aku nak luah kan. Cukup sekadar dengar tanpa kau berbicara apa-apa. Tapi aku rasa aku boleh kira berapa kali je kau buat macam tu itu pon lepas dah gaduh teruk sangat. Aku perlukan teman nak bercakap, nak berbual, nak meluahkan perasaan.


Aku tak tahu sampai bila yang kau tak akan pernah cakap yang actually memang salah kau. Tapi aku masih sabar menunggu. Hati ini memang sebetul nya dah kering sangat sebab tu aku ikut je rentak kau.


Apa yang aku nak ialah kau ;
ingat saat kau nak lepaskan aku, ingat lah pada saat kau nak mendapatkan aku.
ingat saat kau dah tak sayang aku, ingat lah masa mula-mula kau sayang aku.
ingat saat kau dah bosan dengan aku , ingat lah saat yang happy dengan aku.
dan ingat lah,
disaat kau ingin menduakan aku, aku sentiasa setia pada kau.


Sekarang, aku cuma serahkan semuanya pada diri kau. Aku memang dah putus asa. Asal aku buat je mesti ada je kau tak puas hati. Sekarang ni, kau buat lah. Aku terima apa yang kau buat dan aku sangat hargai kalau apa yang kau buat baik untuk hubungan kita.

Wednesday, December 22, 2010

Sakit Perempuan. Siapa kisah? Cara menghilang kan sakit untuk kaum wanita

Haaa. Kenapa Qila bangun awal pagi. Almaklum lah pagi-pagi dah terasa ada benda mengalir lah seperti bulan-bulan kebiasaannya. Terus pergi ke toilet. Alang-alang tu mandi la sekali. Mula-mula tidak berasa apa-apa kesakitan. Macam pelik tapi dalam hati bersyukur kesakitan itu tidak ada. Well kaum lelaki baik bersyukur jadi lelaki sekarang. Cepat !!

Sesetengah wanita tidak merasakan langsung sakit yang sangat Qila benci tiap-tiap bulan ni dan ada sesetengah wanita merasakan sakit ini menjadi satu bebanan kepada mereka. Kenapa bebanan? Sebab sakit ni mampu buat seorang wanita jadi pitam dah tak boleh untuk berdiri dengan tegak. Mana Qila tau? Sebab Qila pernah rasa lah ! Saja je nak tanya banyak soalan bagi Qila malu kan? Argghh. Tak aci.

Apa yang Qila rasa bila senggugut? Nak tahu tak? Taknak? Ahh Qila nak cerita jugak tak kisah. Bluekk. :P


  • Sakit perut yang teramat sangat menyusahkan untuk bangun dari pembaringan
  • Sakit kepala yang teramat sangat menyebabkan dunia ni rasa macam Qila mabuk
  • Sakit belakang yang teramat sangat menyusahkan untuk berdiri dengan tegak
  • Terasa mual dan perut sentiasa berasa lapar ( bukan mengandung eh. cepuk tau la)
  • Kesakitan yang teramat sangat membuatkan nada suara rendah (mula la rasa nak marah kalau orang tu tak dengar apa yang kita cakap. Nak cakap kuat-kuat sakit tak larat)
So apa yang perlu di laku kan untuk meghilang kan sakit senggugut?
  • Makan panadol menstrual ( sangat-sangat tak bagus )
  • Makan panadol beserta dengan coke ( orang kata boleh mabuk )
  • Makan panadol ( sakit tak hilang-hilang jugak )
So apa yang boleh untuk hilangkan sakit senggugut? Haa. Apa kata korang yang bagi tips :P
Apa tunggu lagi. Comment laa. Terima kasih.

p/s : Sebenarnya makan panadol dengan coke memang boleh hilang kan sakit dengan effective cuma tak ada nasihat doktor je. Hihihi. And ada orang kata minum air gas banyak-banyak. Apa anda rasa? Betul ke semua ni atau hanya mitos?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...