Top Blogger

Tinggalkan link anda

Sponsor By ;

Showing posts with label Hanis Zalikha. Show all posts
Showing posts with label Hanis Zalikha. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

Khairul Fahmi punca SEO ?

Apabila Qila search dekat google tentang Khairul Fahmi Hanis Zalikha, tentunya pemilik terulung yang hot dan cantik iaitu Hanis Zalikha memiliki takhta yang pertama kerana dia juga pernah menulis tentang Khairul Fahmi melalui catatan nya iaitu Cinta Tanpa Restu. Qila meneruskan scroll ke bawah kalau-kalau Jarirunicng kepunyaan Elia ada dalam senarai. Amat terkejut apabila tengok di tangga yang kedua dan ketiga iaitu blog Qila. Wahh. Daripada carian 12300 orang yang menulis tentang keyword tu blog Qila mendapat tempat di situ. Ini pencapaian yang amat membanggakan.

Nah. Tak percaya sangat kan?


Qila teruskan lagi mencari pasal Khairul Fahmi ni. Kali ni cari pula dengan menulis Khairul Fahmi Nora Danish. Sekali. Alamakkkk. Wow. sumpah terkejut sampai kakak Qila cakap "kenapa?". Qila cakap "tak ada apa". Sebab dalam hati cakap kalau cakap pon bukan nya dia tahu apa-apa pasal benda kejadah ni pon. Walaupon hanya 3370 orang yang menulis tentang ini tapi amat memberi semangat kepada Qila untuk menjadi penulis yang bagus :)

Amik lagi sekali .

Adakah ini yang di katakan tentang Search Engine Optimization atau lebih di kenali dengan SEO. Qila tak tahu sangat pasal SEO ni. So siapa yang pandai untuk menerangkan meh kita comment-comment and alang-alang tu ajar la Qila sekali. :)

P/S : sangat suka apabila Alexa.com menunjukkan blog Qila di bawah 1million. Dan rank Qila ialah yang ke 3041.Dalam Malaysia okay ! Tercapai sasaran Qila. Cekla! Entry hari tu Qila da capai ! Entry mana? Entry yang ni [Link] :p

Siapa yang tak jatuh hati pada Khairul Fahmi sekarang?


Penipu kalau kaum hawa kat Malaysia ni kata " Siapa Khairul Fahmi tu?" atau pon dorang cakap "Khairul Fahmi? okay je lah". Bak Qila kata siapa yang tak jatuh hati pada Khairul Fahmi? Sedangkan Hanis Zalikha pon pernah post pasal keeper kita. Nora Danish pon cakap Khairul Fahmi dan Safee sebagai sweethearts beliau dan suruh dorang call Nora Danish lagi tu. Auwww. See. Sekarang tengah orang sibuk search pasal Khairul Fahmi. Even referral keywords di Nuffnang pon penuh dengan nama Fahmi.

Bukak Hot FM pon mesti dengar Suraya bebel pasal Khairul Fahmi. Lepas tu berlagak dekat baby cakap. "I tahu pemain Malaysia selain Zaquan dengan Aidil. Safee dengan Fahmi". Sambil buat muka bangga tahu nama pemain Malaysia. Haha. Well Qila ni bukan jenis suka ingat nama orang . Sorry. Kalau orang tu tak selalu keep in touch memang Qila ni cepat lupa. Dah tua la katakan.

So sambung balik. Lepas je piala Suzuki di rampas oleh Tanah Tumpah Darahku nama mereka ni memang mencurah-curah ke ladang gandum lah. Terutamanya Khairul Fahmi. Qila amat memuji ketangkasan Fahmi tangkap bola. Simpan bola. Kalau dulu-dulu masa sekolah dulu cikgu kata sayang bola. Macam tu la Fahmi tunjuk kan apabila dia berjaya selamatkan bola tu. Setelah di belek-belek blog kekasihnya iaitu Elia memang Qila sangat respect pada Fahmi. Dia bermula dari bawah dan tak pernah mengalah.

P/S : Elia sangat sepadan dengan Fahmi. Semoga korang dapat cari satu tarikh supaya boleh sambung melangsungkan pertunangan korang yang asik di postpone tu. Hihi. BTW korang sangat comel dan sweet like sugar. Kirim salam dekat Fahmi. Mana tahu boleh terserempak dekat pasar FAM ngan korang nanti. Hihi. Qila duduk Kelana Jaya. And mesti korang makan dekat Syed Restoran kan yang pasal nasi goreng Sillypatty tu. Hahah

Traffic Elia mencanak-canak dan follower dia kejap je da cecah beribu. Sekejap tengok 17++. Bukak lagi sekali dah 18++. Hebat kan panahan Khairul Fahmi atau di kenali My Incik Apex di blog Elia. Hebat betul boleh simpan time panalty kan. Memang hebat. Seriously H E B A T

Update : Sekarang follower Elia nak cecah 3000. HEBAT ! macam Fahmi :P

Tuesday, November 16, 2010

tolong saya boleh?

awak semua boleh tak syorkan saya blog apa yang awak suka sangat. sekurang-kurangnya saya boleh baca apa yang cerita best-best. Korang bagi la url blog yang korang suka tengok. Asal online je mesti nak tengok blog orang tu. Blog Hanis Zalikha tu aku da khatam dari awal dah. Dah tak tahu nak terjah blog sapa. BTW, Hanis zalikha dah tak selalu update blog dia laa. Bosan je. Ben Ashaari tu terlampau banyak sangat update dia dalam sehari sampai dah tak tahu nak baca yang mana satu dah. Bukan marah BA ok. haha. Bagus la. Mksud aku macam mana la BA dapat idea nak tulis banyak2 entry dalam 1hari. Kena bertapa dulu ni. hihi.

Kawan-kawan aku yang ada blog pon sape je lah kan. Takat Manje dengan Sheila la yang aku suka baca pon. Ada lagi kawan kolej yang lain tapi macam tak ingat je blog dorang. Hehe. Blog yang aku suka tengok aku siap hafal url lagi :)

Kawan-kawan blogger pulak yang aku suke tengok antaranya ialah Wan Gerrard, Cekla . Tu je kot yang currently sekarang ni aku rajin lawat. So kalau korang rasa blog korang tu best boleh la bg url kat aku nanti aku gi baca blog korang. Tak pon bagi url blog orang lain yang korang suka baca :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...