Top Blogger

Tinggalkan link anda

Sponsor By ;

Friday, May 20, 2011

Seru (Pembunuhan yang sangat kejam) & Senjakala ( Cerita Saka yang sweet)


Seru ;
Ming Jin, Pierre Andre

Lakonan ;
Sharnaaz , Cut Mutia , Azman Hassan , Nora Danish , Awal Ashaari ,
Pierre Andre


Mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran filem seram bertajuk “Jangan Bernafas”. Semasa penggambaran berlangsung, secara tiba-tiba, pelbagai kejadian aneh dan peristiwa berlaku diluar jangkaan mereka. Pada mulanya, mereka menganggap ia hanyalah rasukan biasa dan kru di sebalik pembikanan filem tersebut ingin menjadikannya sebagai “footages” menarik untuk tujuan promosi filem tersebut. Namun, seorang demi seorang menjadi sasaran rasukan dan juga pembunuhan menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal tetapi kamera yang digunakan, masih terus merakamkan aksi yang terjadi .

Hantu yang merasuk badan dan membunuh setiap insan yang berada di pengambaran dengan amat kejam sekali. Saya sangat suka tengok cerita Seru sebab nampak macam real. Tak silap masih ada lagi pawagam yang menayangkan lagi cerita Seru. So apa tunggu lagi? Layannn.

P/s : Awas kepada ibu yang mengandung, para ibu bapa yang ada sakit jantung dan kanak-kanak yang tak rela menangis di dalam pawagan di larang masuk sambil jari telunjuk melayang ke udara ke kiri dan ke kanan.


Senjakala ;
Ahmad Idham Ahmad Nadzri

Lakonan ;
Liyana Jasmay, Zahiril Adzim

Mengisahkan tentang Lisa yang kehilangan orang yang di sayangi. Lisa pulang ke kampung kerana ingin pergi ke kampungnya. Armand mewarisi saka Lisa. Saka itu sebelum ini hanya menumpang pada Armand kerana emak Karlisa tidak mahu mewarisi saka tersebut. Akhirnya, Armand menyerahkan saka tersebut kepada Lisa dengan harapan saka tersebut dapat dimusnahkan dengan bantuan seorang ustaz.

Percintaan mereka sangat sweet. Armand merupakan seorang yang reti bersilat juga merupakan seorang yang sangat pemalu. Jatuh hati kepada Lisa dan suka menarik cuping telinga nya apabila bertemu Lisa. Sangat manis percintaan mereka. :)

2 comments:

Qamarul said...

seru tu cam violent jek..
tpi yang senjakala tu nak tgk laa..
betul laa cam sweet laa.

qilarazak said...

seru tu memang kejam gyler. but mmg best cz nmpak mcm sngt real. mcm jadi depan mata.

senjakala mmg so so sweet :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...