Top Blogger

Tinggalkan link anda

Sponsor By ;

Monday, May 23, 2011

Lelaki VS Wanita : Siapa punya ego lagi tinggi?

Tajuk yang ingin di bincangkan hari ini adalah Lelaki VS Wanita : Siapa punya ego lagi tinggi? Haha. Dah macam Malam Ini Bersama Linda dah dari segi introduction nya. Okay back to the topic. So siapa yang korang rasa lagi tinggi ego nya? Mesti lah kebanyakannya lelaki betul tak? Kenapa lelaki perlu ego? Sebelum jari-jemari ni lebih panjang menekan keyboard laptop mari kita search apa yang di maksudkan dengan ego.

Ego memberi makna : persepsi seseorang tentang harga dirinya, yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya.

Keegoan pula bermaksud : perihal mementingkan diri sendiri

So ego perlu ke ada pada lelaki sahaja sedangkan keegoan itu bermaksud mementingkan diri sendiri. Sebagai wanita Qila rasa kita juga memerlukan ego untuk protect diri kita. Tak salah mementingkan diri sendiri betul tak? Tapi lihat pada tempat dan keadaan jugak la. Sesetengah orang mungkin berkata :

" Lelaki perlu untuk ego untuk maruah diri sendiri. Perempuan kalau ego dia tunjuk belang, besar kepala"
Habis tu wanita tidak punya harga diri kah? Sebenarnya salah persepsi orang mengenai perempuan yang ego. Mungkin tidak ramai wanita yang tinggi egonya. Malah tak salah kalau Qila kata setiap insan memang ada ego. Cuma tahap keegoannya tinggi atau rendah sahaja. Qila mengakui Qila memang ego dan keras kepala. Yelah,kalau benda tu kita tak buat tak kan kita nak admit kita buat betul tak?

Tak besar mana pon ego wanita ni cuma apabila seorang wanita tu ego mungkin orang akan kata " Kau ni ego tinggi kalah jantan" padahal benda yang kita ego tu untuk protect diri sendiri. Apa yang di maksudkan protect diri sendiri? Apabila orang bertanya kan nombor telefon sebagai contoh. Tak semua orang kita perlu bagi no telefon betul tak? So tak salah kan ada ego di situ? Ego ni luas. Dalam semua keadaan kita boleh ego.

Ambil contoh lain. Dalam percintaan. Kita sayang kan orang tu tapi kita tidak tunjuk, kita tak cakap pada dia bahawa kita sayang kan dia sangat. Tetapi adakah dalam percintaan kita perlu kata pada dia hari-hari " Sayang, I love you" atau "I sayangkan you sangat". Pada mulut cakap tapi tidak pada perbuatan. Ego juga tu betul tak? Better tak payah cakap tapi bukti kan pada dia yang kita sayangkan dirinya seikhlas hati.

So sekarang pada pendapat korang. Wajarkah wanita ni ego atau better lelaki sahaja yang ego?




7 comments:

Unknown said...

lelaki la lebih ego..
mereka memang perlu ego..
kalau tak,susah wanita nak hormat kat depa..
lagi2 diakhir zaman gini..
kalau tak ego
akan ada la wanita2 yang memijak mereka sewenang-wenangnya..
tapi ego biar di tempat yang betul ye...

Azlan Strider said...

hehehe..battle of sexes..mmg topic best..hehehe..kak diana nyer comment pun got a point tp at the end laki kena ego skit sbb dorang kena control yang si wanita..hehehe..

Regards,
-Strider-

Ras Amierra said...

qila: lelaki manusia paling ego taw. huh. hahaha
meh join ni.. anda di tag.. gud luck

http://skutermerahsayerpunyer.blogspot.com/2011/05/sunshine-smile-contest.html

LYAfrina said...

mesti lelaki y lebih tinggi egonya..
BIASA POMPUAN LBH SUKA MGALAH... DEMI EGO LELAKI..LAST2 KITA Y MERANA:-(

LYAfrina said...

mesti lelaki y lebih tinggi egonya..
BIASA POMPUAN LBH SUKA MGALAH... DEMI EGO LELAKI..LAST2 KITA Y MERANA:-(

**tp x semua lelaki ego..ada gak pompuan lnh ego...

Che Sayzzuwan said...

Lelaki kot cz lelaki kena ad sifat tu...if x senang la wanita men2kn hati..=)

http://duniadalamjaket.blogspot.com/

ed said...

Salam,

kalau ada keyakinan, kedua2 lelaki & pmpuan mesti ada ego masing2.. cuma kadangkala ego sendiri mmg susah nak dinilai oleh diri sendiri kerana ada sindrom rasa diri kononnya bagus.. ego atau tak, ni dilihat oleh org yg melihat keegoan kita & ditafsirkan oleh mereka, dan biasanya kita kurang ego kepada org yg kita suka berbanding org yg kita kurang suka.. so apapun bersederhana tu lebih baik & kalau rasa ego kita tu menyakiti banyak org, lebih baik muhasabah diri & minta pandangan dari org yg betul2 mengenali kita.. jazakallah.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...